- Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu
pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan
kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta
pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
|
- Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin
dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh
dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana
tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
|
- Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
|
- Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
|
- Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
|
- Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
|
- Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
|
- Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
|
- Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
|